Okay. Masalah, kau datang juga.
Makin bertambah, makin pancaroba.
Makin pening, makin sakit.
Apa?
Kau nak aku nasihat. Memang nasihat aku jenis ayat jamban la kalau kau nak tau. Sabarlah, banyak perempuan lagi kau boleh cari. Bukan sekuntum. Banyak yang menanti. Banyak yang menangih simpati. Cinta. Itu dan ini. Kau bukan tak hensem, cuma masa yang tak menentu. Tuhan yang tak mahu kau ber-couple. Tunggu saja greenlight dari DIA, nanti bercambah kiri dan kanan kau. Tak percaya?
Doa sahaja dari DIA.
Zikir banyak-banyak sehingga yang mampu.
Baru DIA buka hati kau untuk bercinta lagi. Masa tu baru kau sedar, hidup bukan setakat gaya, hidup ada perlu. Hidup perlu ada wang, hidup perlu ada makan minum, begitu juga dengan wanita/perempuan. Kau dah besar harap kau mengerti. Aku sebagai kawan hanya pemberi nasihat. Hanya kau yang pandai memilih mana yang betui. Aku pun banyak masalah yang perlu selesai. Kau takpe, hanya ada satu. Aku? Pening pikirkan masalah hidup.
Tak habis lagi?
Bila nak girap karat tu?
Karat yang belenggu hidup aku. Jiwa kacau. Sebenarnya aku sama saja dengan kau. Cuma cara kita berbeza. Cuma aku berkarat lebih. Hanya pandai berkata sahaja.
*jikalau diberi waktu, akan aku selesai masalah yang belenggu.nasib.nasib.
No comments:
Post a Comment