25 April 2011

#ty-pi.cal.

#berserabut

Damn! Damn! Damn!
berserabut otak aku. Berserabut jiwa aku.

Kepalat. Memang Tak dibual mimpi aku. Semalam sehari suntuk aku tak menjengah katil.Katil memanggil, tapi aku sibuk dengan fikirkan diri aku. Yang tandus Yang gusar. Yang terbenam.

berserabut!
bercelaru!

Otak ku berdenyut. Semua enak dibual mimpi, dibual fantasi... Aku? hanya fikirkan apa yang akan berlaku, akan datang dan seterusnya. Apalagi yang kau boleh beri? Hanya serabut yang menemani dikala malam aku.

Kecian.

*gue serabut, tidur pun jadi karut.

23 April 2011

#ke-hidup.an

#sunyi

Serius. Sepanjang perjalanan aku, aku bertambah sunyi. Mungkin kerana #perempuan. Ya, memang aku karat, dayus dan segala macam benda yang melekat dalam diri aku disebabkan aku tidak pakar dalam hal sebegini. Tapi aku masih ada satu penyesalan hidup yang mungkin selamanya aku tidak dapat menerima atau mendapatkan kembali apa yang telah aku lepaskan.
.
-------------------------------------

aku masih mengharapkan dia
dia. dia. dan dia.
dia sebenarnya penyeri hidupku
ketika aku bangun
ketika aku jatuh
begitu lama kau disisi
begitu lama kau berdiri

untuk aku
kau permaisuri hati

tiada bandingan diantara yang lain
hanya kau yang memahami
hanya kau yang boleh 
tapi aku mengerti

bukan seperti yang aku harapkan
aku hanya hiasan
bagi kamu
yang bila masa akan berakhir
layu dan gugur
bak hati yang hancur
sia-sia segala penantian
sebab aku hanyalah

karat dan sampah

yang akan dibuang bila-bila masa
sebagaimana aku buangkan kamu
hingga berakhirlah hayatku
terbang bersama memori
menjadi sunyi

---------------------------------------

Memang aku karat. Aku jujur. Aku tidak pandai bab-bab sebegini. Runcing segala macam benda yang melekat diotak aku. Tapi aku masih mengharap agar dia kembali dipangkuan aku agar aku boleh bisa berdiri lagi sebagaimana yang lain. Aku benar-benar sakit.

*hanya kau penerus hidupku.harap yang ter"akhirnya".

20 April 2011

#hanyut

Damn!! Tetiba aku terpanggil untuk luahkan apa yang aku rasa. Aku terasa hanyut semacam. Bukan hanyut dibuai mimpi atau arus kotaraya, hanyut dalam fikiran yang aku rasa sudah melebihi tahap se-IQ 120. Iaitu, kecil hati.

sumpah aku kecil hati.

okthanxbye

*aku hanyut dalam kebosanan.

19 April 2011

#membabun

Tolong aku. Tolong aku.
Aku harap sangat kau otak tolong aku.

Serius otak, jangan nak membabun sangat tengah malam ok. Aku tak suka. Nanti jadi macam hari itu. Tersasul jawapan. Tersasul tulis. Sapa yang susah?

AKU!
Ulang sekali lagi?
AKU!

Pandai pun kau otak. Baru kau faham aku sekarang. Tolong jangan ulangi lagi. Aku tak suka. Bila aku tak suka, aku marah. Bila aku marah, aku nanti meradang. Sampai esok pagi.

Bagus! Baru kau mengerti.

*otakku membabun ketika aku letih.

17 April 2011

#perempuan

#lisasurihani.

Gila! aku taktau apa motif aku buat sampai tersandarkan diriku terhadap Lisa Surihani. Sumpah! aku taktau. Jangan kata aku gila atau mereng, lebih tepat lagi sewel. Aku serius. Aku tak reti nak berbual senda. Bila aku bual, akan berakhir dengan karat. Itu aku. Bila tentang perempuan aku layu. Lebih berkarat dari yang ada sekarang.

Teruk!
Memang sampah.Problemo.

Aku akur itu bukan kehendak aku. Aku cuma manusia biasa. Silap jangan cakaplah, aku rasa sejak aku lahir ke dunia hingga sekarang, banyak gila kesilapan aku buat. Rasanya dah separuh jalan dah dari Penang ke Johor.(*kalau lalu PLUS la) Aku okay. Aku okay. Cuma perempuan buat aku pening.

lebih berbisa.
lebih hangat dari biasa.

Aku gugup. Tak banyak pendedahan pasal perempuan nie. Maaf, setakat nak tackle atau berlagak macho, aku boleh buat lagi. Tapi tentang ini? berikan aku masa. Aku paranoid.

*aku belum bersedia. masih lagi karat yang perlu digilap.

16 April 2011

#rapuh

Nukilan ini terhasil ketika aku mula keletihan melayani kerjaya. Damn! cam nak hempuk kerusi ajew. Lama sangat, 9 jam kau taw!. Jadi aku mula merapu dan merapuh.

----------------------------------------

sajakku berbunyi begini.:

dulu aku ada geng
kiri dan kanan

tangan kiri
tangan kanan
seperti tongkat yang aku papah diantara kiri dan kanan
memberi aku kekuatan menempuh hari mendatang
tapi aku alpa...

makin lama makin alpa...
hari ke hari makin terhakis

akhirnya rapuh tangan kiriku...
dan rapuh tangan kananku...
aku perlukan korang
seperti tongkat untuk aku berdiri

*korang macam magnet yang takkan ku tinggal.

15 April 2011

#blekberi

Aku nak berkongsi sesuatu dengan korang. Rintihan hati seorang hanset yang bernama chokia. Baca okay:

--------------------------------

Dari aku, chokia memang aku tak puas hati dengan kau, blekberi sebab:

Kau blekberi nie kira kayalah
Poraaahhhhh...
Aku handphone pekak ajew jenama chokia
lagi baik dari kau taw..
takde virus... takde aplikasi...
Janji gue gayut, gue mesej
Hang pun, boleh baiki sendiri.
Bukan macam kau

jangan nak blekberi sangatlah

*p/s:gue jealous sebab aplikasi lu best. 

---------------------------------

Kecian kau chokia.

#parkinson

Suatu hari pada awal pagi yang mendung.Terlihat keratan event di fesbuk, aku mula menaip papan kekunci.

-----------------------------------------

fali: damn! jay, aku tak dapat turun
jay: Oi Fali... bila geng Penang nak mai baca?
fali: tak taw lagi bro..takde geng yang leh jadi tukang baca
jay: Asang Da Condemnedemotion ada, hang pun boleh baca apa...
fali: aku ada parkinson kalau depan orang ramai.
jay: ceh...
fali: kena buang dulu baru aku leh jadi berani nak depan orang ramai.
jay: porahhhhh...

aku BUNTU lalu....

fali: hahahahah...

*p/s:bual aku selalu berakhir dengan "hahahah.." ini parkinson aku.

#racun

pernah kau racun?
aku tanya nie, pernah kau racun?
racun apa?
apa saja.
kau banganglah.
kau yang bangang.
kenapa?

aku tanya kau tamau jawab.

*merepek saja.