08 May 2011

#disaster

Sunday macam semacam bagi aku. Disaster.

Teruk. Bullsheet.

*modus operandis, otak membabun.

07 May 2011

#بسم الله الرحمن الرحم

#sekupang

Kecoh. Kecoh.
Masing-masing ada masalah sendiri.
Tapi sibuk-sibuk nak kacau masalah gue.
Apa ku heran? Kau yang mula perang nie. Aku relax saja doe. Sebab pikir kau budak sekampung aku, aku malas nak bising. baik aku buat muka sekupang, tiada siapa nak kacau gue.

haram jadah.

Betulkan Hans Zaidi, self service. Malas nak pikir pasal korang.

05 May 2011

04 May 2011

#antara

Pergh! ini mengenai dua darjat.
Sahabat dan kawan. Yang sering kita dengar dan sering berlaku dalam kehidupan kita. Tiap-tiap hari. Macam magnet. Yang terus melekat dan melekat. Bila kita bosan kawan yang kita cari. Bila kita perlukan seseorang, sahabat yang kita cari. Dengar sahaja dua perkataan nie macam sama, tapi berlainan maksud tersiratnya hinga perlu disiat-siat isinya. Sedalam-dalamnya. Segali-galinya.

Gue berikan  definasi antara sahabat dan kawan:

#sahabat:
Seorang yang kita perlukan untuk meluahkan perasaan.Dia peneman kita. Dia kawan sejati kita.Sukar digantikan girlfriend atau isteri. Walaupun girlfriend ialah peneman sejati kita, tapi sukar untuk menjadi sebaris dan setinggi darjat sahabat itu. Sabahat adalah V.I.P kita. Very Important Person.

#kawan:
Kawan boleh dicari. Sejauh benua Africa pun kita boleh cari. Senang mencari rakan dari sahabat. Dengan kawan kita boleh bermain, menyakat dan bersembang kosong, tetapi tidak setinggi darjatnya dari sahabat. Kawan hanyalah pelepas kebosanan.

Korang fikirlah sebaik-baiknya yang mana sahabat ataupun kawan.

Yang mana boleh dijadikan sahabat, itulah sahabat dunia dan akhirat kita. Dialah yang terbaik untuk kita. Walaupun hampir sebaris dengan girlfriend, tapi darjatnya melebihi girlfriend dan bini.

*aku ramai sahabat.mereka yang terbaik dalam diri aku.

01 May 2011

#pri-hati.nan


Sungguh. Kau tak percaya? Aku dah bagi nasihat. Aku prihatin la tu.

#masalah

Okay. Masalah, kau datang juga.
Makin bertambah, makin pancaroba.
Makin pening, makin sakit.
Apa?

Kau nak aku nasihat. Memang nasihat aku jenis ayat jamban la kalau kau nak tau. Sabarlah, banyak perempuan lagi kau boleh cari. Bukan sekuntum. Banyak yang menanti. Banyak yang menangih simpati. Cinta. Itu dan ini. Kau bukan tak hensem, cuma masa yang tak menentu. Tuhan yang tak mahu kau ber-couple. Tunggu saja greenlight dari DIA, nanti bercambah kiri dan kanan kau. Tak percaya?

Doa sahaja dari DIA.
Zikir banyak-banyak sehingga yang mampu.

Baru DIA buka hati kau untuk bercinta lagi. Masa tu baru kau sedar, hidup bukan setakat gaya, hidup ada perlu. Hidup perlu ada wang, hidup perlu ada makan minum, begitu juga dengan wanita/perempuan. Kau dah besar harap kau mengerti. Aku sebagai kawan hanya pemberi nasihat. Hanya kau yang pandai memilih mana yang betui. Aku pun banyak masalah yang perlu selesai. Kau takpe, hanya ada satu. Aku? Pening pikirkan masalah hidup.

Tak habis lagi?
Bila nak girap karat tu?

Karat yang belenggu hidup aku. Jiwa kacau. Sebenarnya aku sama saja dengan kau. Cuma cara kita berbeza. Cuma aku berkarat lebih. Hanya pandai berkata sahaja.

*jikalau diberi waktu, akan aku selesai masalah yang belenggu.nasib.nasib.