04 May 2011

#antara

Pergh! ini mengenai dua darjat.
Sahabat dan kawan. Yang sering kita dengar dan sering berlaku dalam kehidupan kita. Tiap-tiap hari. Macam magnet. Yang terus melekat dan melekat. Bila kita bosan kawan yang kita cari. Bila kita perlukan seseorang, sahabat yang kita cari. Dengar sahaja dua perkataan nie macam sama, tapi berlainan maksud tersiratnya hinga perlu disiat-siat isinya. Sedalam-dalamnya. Segali-galinya.

Gue berikan  definasi antara sahabat dan kawan:

#sahabat:
Seorang yang kita perlukan untuk meluahkan perasaan.Dia peneman kita. Dia kawan sejati kita.Sukar digantikan girlfriend atau isteri. Walaupun girlfriend ialah peneman sejati kita, tapi sukar untuk menjadi sebaris dan setinggi darjat sahabat itu. Sabahat adalah V.I.P kita. Very Important Person.

#kawan:
Kawan boleh dicari. Sejauh benua Africa pun kita boleh cari. Senang mencari rakan dari sahabat. Dengan kawan kita boleh bermain, menyakat dan bersembang kosong, tetapi tidak setinggi darjatnya dari sahabat. Kawan hanyalah pelepas kebosanan.

Korang fikirlah sebaik-baiknya yang mana sahabat ataupun kawan.

Yang mana boleh dijadikan sahabat, itulah sahabat dunia dan akhirat kita. Dialah yang terbaik untuk kita. Walaupun hampir sebaris dengan girlfriend, tapi darjatnya melebihi girlfriend dan bini.

*aku ramai sahabat.mereka yang terbaik dalam diri aku.

1 comment: